Sunday, 1 January 2012

Mukadimah

MUKADIMAH 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sesuai dengan peredaran zaman,aku berpendapat bahawa dunia maya adalah satu medium terbaik untuk berkongsi pemikiran dan pemerhatian serta pengalaman aku sepanjang melalui jalan hidup ini. 

realiti vs PERSEPSI




Persepsi adalah proses pemahaman ataupun pemberian makna atas suatu informasi terhadap stimulus. Stimulus didapat dari proses penginderaan terhadap objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antar gejala yang selanjutnya diproses oleh otak. Proses kognisi dimulai dari persepsi. itu yang aku dapat dari wikipedia



Kalau Persepsi menurut aku adalah cara pandang seseorang dalam mengertikan atau menilai suatu benda, objek atau masalah. benar atau salah itu adalah persepsi aku !! mungkin juga berbeza dengan arti persepsi dalam persepsi anda , biasanya yang mengandungi persepsi yang berbeza di ikuti dengan menurut saya ? dan biasanya lagi tiap orang itu berbeza-beza walaupun terkadang sama bila orang tersebut mempunyai cara berpikir yang sama ? misalnya apakah menurut anda  Siti Nurhaliza lebih cantik berbanding  Lisa Surihani ? Boleh saja anda lebih suka SN daripada LS tapi boleh juga anda lebih memilih LS  dari pada SN. Boleh  jadi anda memilih keduanya atau malah ada yang akan berkata pada aku, aku lagi suka Neelofa.



Selama masih ada yang namanya PRO dan KONTRA pasti jelas itu persepsi mereka berbeza-beza dan mereka menganggap persepsi mereka yang paling benar. dan intinya persepsi yang menurut anda benar belum tentu benar dipersepsi orang lain dan sebaliknya, atau  bagus menurut anda belum tentu bagus untuk orang lain.
Apakah anda setuju dengan arti persepsi dalam persepsi saya atau anda mempunyai arti persepsi dalam persepsi anda sendiri?




SELAMAT TAHUN BARU 










Abid Noel 






s